Justice For All Malaysia

Personal Musings

12 November 2008, The other side of Gobalakrishnan, the MP for Padang Serai…I always wonder where he learnt all that verses of the Quran…he cites them often in his ceramah, and yes once in Parliament…he cites them with ease and with definite confidence.   And yes, he knows the exact translation and the meaning…I am not suprised if its true that the teacher is really whom someone close to him disclosed to me…guess whom?

9 November 2008; Di Malaysia, suasana yang selamat bagi anak-anak, dari sudut fizikal, emosi dan minda masih banyak ruang untuk dipertingkatkan, khususnya dalam memelihara keselamatan mereka dari ketiga-tiga sudut tersebut.
Sudah menjadi amanah dan tanggungjawab para mereka yang berkuasa untuk menjamin persekitaran yang meningkatkan kualiti hidup rakyat, khususnya anak-anak supaya selamat untuk bergerak ke mana saja dan menjamin kesejahteraan penglihatan, dan pendengaran mereka yang tentunya boleh mempertingkat akhlak dan membangun minda serta memelihara emosi mereka.
Persekitaran yang sesuai dan merangsang kebaikan adalah penting untuk perkembangan positif anak-anak dan memupuk ciri-ciri kepimpinan yang mulia sebagai pewaris dunia ini daripada generasi masakini.

Segala pengucapan dan gelagat generasi yang memelihara anak-anak akan dicontohi, bahkan kata bijak pandai, guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Maka para pemimpin generasi masakini adalah bertanggungjawab dalam menghasilkan rupa bentuk kepimpinan yang mendatang – baik akhlak yang memimpin, maka baiklah hasil anak muridnya.
Dengan itu, pemaparan contoh-contoh yang baik di media massa dan dalam kehidupan bersama anak-anak adalah suatu keperluan dalam pendidikan mereka, lebih-lebih lagi dalam pendidikan formal dan hidup kekeluargaan yang boleh dikawal oleh mereka yang menguruskannya.

Media massa amat berperanan untuk mencetus kebaikan dan mengembang pertumbuhan minda anak-anak – kerana media massa, khususnya yang berbetuk audio visual boleh mempengaruhi dengan hebat pemikiran dan emosi anak-anak. Apa-apa nilai yang didapati oleh anak-anak dalam peringkat mereka masih kecil, akan dibawa sehingga ke peringkat dewasa dan membentuk keperibadian mereka.

Kita disogokkan dengan segmen perbahasan dalam Parlimen Malaysia saban hari ketika Dewan Rakyat bersidang.
Sememmangnya setiap hari ada saja perkara yang membuatkan imej Malaysia sebuah negara domokrasi terjejas kerana gelagat dan sifat tidak rasional Ahli-Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Wakil Rakyat. Dalam era teknologi komunikasi yang tidak dapat membendung akses terhadap berbagai informasi, walau pun Rakyat, termasuk anak-anak tidak berupaya mengakses informasi melalui media masa arus perdana atau rangkaian TV berlesen, namun informasi tetap akan sampai kepada Rakyat lambat laun menerusi internet. Kemenengan Barrack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat dikatakan adalah benyak disebabkan oleh penggunaan blog dan teknologi komunikasi lainnya.
Rakyat mengiinginkan perubahan, dan jika rakyat mengetahui yang benar mereka akan menuntutnya dalam apa cara sekalipun – sehingga boleh menerima seorang Presiden berkulit hitam – suatu perkara yang dirasakan mustahil oleh ramai pihak di Amerika Syarikat dulu, dan ramai lagi di dunia ini. Benar, profil rakyat AS berbeza dengan kita disini – bahawa 70% populasi mereka adalah berpendidikan tinggi, berbanding di Malaysia, 70% penduduk adalah hanya diperingkat sekolah menengah dan rendah.

Dasar-dasar yang dibincang dan dibahas dalam Parlimen memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada pendidikan anak-anak kita.
Ketika ini, Parlimen masih membincangkan Bajet 2009 yang memperuntukkan wang-wang Rakyat, bagaimana ia dibelanjakan. Oleh kerana ramai Rakyat yang belum mengetahui dengan baik dan terperinci mengenai prosedur dan intipati Bajet 2009 yang dibahaskan di Dewan Rakyat, maka protes massa yang dikehendaki tidak akan berlaku, dan Wang Rakyat akan terus di belanjakan menurut kehendak mereka yang menguasai Dewan Rakyat.
Ketika ini juga kita dalam era ekonomi global yang merudum. Malaysia tidak terkesuali dalam menerima kesannya. Dengan sebab itu, kita semua perlu berjimat-cermat dan lebih prudent dalam perbelanjaan. Kita berharap semua peringkat kepimpinan negara juga melaksanakan itu sebagai langkah menghadapi kemelesetan ekonomi yang belum tentu bila akan berakhirnya.
Tentunya, pendidikan anak-anak juga akan terkesan, kerana akan ada ibu bapa yang mungkin terpaksa bekerja lebih masa mencari rezeki, berkurangan bahan-bahan pendidikan yang boleh dibeli, kurang aktiviti sosial untuk perkembangan anak-anak kerana kos kehidupan yang tinggi atau ibu bapa telah diberhentikan pekerjaan oleh majikan yang tidak lagi dapat menampung kos untuk menggaji mereka.

Ibubapa sebagai Rakyat Malaysia perlu juga prihatin dan memainkan peranan dalam menentukan hala tuju negara, dan dalam konteks kemelut ekonomi dunia, memainkan peranan menggesa para pemimpin dengan apa jua cara untuk bersikap lebih prihatin Rakyat dalam memastikan masa depan anak-anak kita dan anak-anak kepada anak-anak kita agar tidak menderita dan berada dalam kesusahan di alam masa depan mereka kerana kelalaian generasi masa kini.
Soal ketelusan, korupsi dan berbagai isu yang merencat ekonomi dan pentadbiran negara, yang boleh menafikan kesempurnaan pendidikan anak-anak wajarlah disanggah dan diberi peringatan kepada yang berkuasa. Malaysia memerlukan terlalu ramai mereka yang sedar dan berupaya serta berani untuk menyampaikan teguran-teguran secara berhemah dan bijaksana bagi memastikan mereka yang berkuasa berada di landasan yang betul dan benar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: