Justice For All Malaysia

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Posted on: February 10, 2009

Berita yang masih menunggu pengesahan: bahawa Menteri Dalam Negeri telah meluluskan arahan untuk memberkas MB Nizar di bawah ISA.

Menteri Besar Selangor, Khalid Ismail dilaporkan telah berada di lokasi kejadian tanah runtuh Taman Bukit Mewah hampir serta-merta bila beliau menerima berita musibah tersebut.   Laporan beberapa akhbar menyebut bahawa beliau dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali telah sampai ke tempat bencana itu seawal 4.30 pagi.

Persoalan yang timbul ialah bagaimana boleh Menteri Besar hadir lebih dahulu daripada jentera-jentera petugas yang berkaitan dengan bencana seperti tanah runtuh di Taman Bukit Mewah ini?

Dalam satu dapatan, para pegawai-pegawai terbabit telah mula bercuti dan tidak menjawab talian telefon masing-masing.   Adalah menjadi suatu kekurangan yang ketara sekiranya jentera-jentera kerajaan persekutuan dan negeri mengambil enteng kepentingan masyarakat – lebih-lebih lagi yang bersangkutan dengan risiko rakyat kehilangan nyawa dan harta-benda mereka.   Para pegawai dan kakitangan kerajaan kesemuanya wajar untuk TIDAK mematikan atau menutup atau tidak menjawab panggilan-panggilan yang berkaitan urusan rakyat.   Sebaiknya ada no. talian khusus yang dijawab oleh pegawai yang khusus juga yang menjadi koordinator yang pantas menyebar berita dan mengkoordinasi pasukan penyelemat yang teratur dan berkesan.

Menurut seorang yang berpengalaman dalam tugas menyelemat nyawa manusia, tempoh dua jam adalah jangkawaktu yang boleh menyelamatkan nyawa-nyawa insan yang terperangkap dalam timbunan tanah sedemikian.

Pergerakan yang pantas boleh menyelamatkan nyawa manusia.   Sebarang kelewatan atau kelembapan akan menyulitkan peluang bagi menyelamatkan mana-mana insan yang masih punya harapan dalam tempoh dua jam itu.

Adalah amat menghairankan, bahkan menggusarkan rakyat ramai yang melihat bilamana ada pemimpin Jabatan Persekutuan yang berdiri berasingan dan jauh dari Menteri Besar Selangor yang sedang sedaya upayanya mengendalikan musibah yang menimpa rakyat.

Tentunya rakyat rasa bimbang dan ada kekurangannya, sekiranya pemimpin sebuah Jabatan Persekutuan yang penting, di mana rakyat bergantung harap agar keselamatan mereka dipenuhi, tidak kelihatan mempunyai hubungan yang mesra dengan pemimpin negeri.   Kegusaran itu bertambah bila mana keperluan mengendali musibah yang tidak disangka-sangka ini berlaku – yang memerlukan segala jentera dan pengorbanan tanpa banyak perkiraan dan persoalan serta keremehan yang boleh merencatkan kelancaran tugas-tugas menyelamat mangsa dan harta-benda mereka.

Para kakitangan jentera kerajaan Persekutuan dan Negeri wajiblah memahami supaya tidak sekali-kali mempolitikkan urusan-urusan atau tugasan demi kepentingan rakyat.   Kerugian yang bertimpa-timpa terhadap nyawa dan harta-benda rakyat adalah akibat dari pemikiran sempit politik sedemikian.

Bilakah sebahagian ahli-ahli politik dan sebahagian kakitangan kerajaan, semua mereka akan membebaskan diri mereka dari kepompong politik keanak-anakan ini?

BIRO PENERANGAN

PARTI KEADILAN RAKYAT

A-1-08, A-1-09, Merchant Square,

No.1, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3,

47410 Petaling Jaya, Selagor Darul Ehsan.

Telefon: 03-78850530 Faks: 03-78850531

Emel: biropen@gmail.com

Website: www.keadilanrakyat.org, www.suarakeadilan.com

Sebaran Media

20 November 2008

Usul Ketua Pembangkang berkenaan

Aliran Bersih Pelaburan Langsung Asing negatif sebanyak RM9 billion

Pada hari Rabu 19hb November 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar satu usul kepada YB Tan Sri Yang Di Pertua Dewan. Usul tersebut perlu dibahas segera kerana ianya menyentuh kepentingan umum dan negara ini.

Dalam laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 didapati Malaysia walaupun meningkat kemasukan pelaburan langsung asing kepada RM29 billion untuk tahun 2007 berbanding RM21 billion pada tahun 2006, namun pengaliran keluar FDI secara besar-besaran mencecah RM38 billion pada tahun 2007 menyebabkan Negara mengalami aliran bersih  FDI yang negatif sebanyak RM9 billion.

Fenomena pengaliran keluar FDI secara besar-besaran ini berlaku sejak 2005 dan jika berterusan akan mengakibatkan negara terus mengalami  penguncupan ekonomi, kemerosotan Keluaran Dalam Negara Kasar, pengangguran dan pengurangan peluang pekerjaan. Apatah lagi dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis kewangan global.

Usul tersebut berbunyi:

“Bahawa dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini membincangkan satu isu tentang  laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 mengenai pengaliran keluar pelaburan langsung asing atau FDI yang mencecah RM38 billion berbanding kemasukan yang hanya RM29 billion untuk 2007 menyebabkan negara mengalami Aliran Bersih  Pelaburan Langsung Asing yang negatif sebanyak RM9 billion.”

Pada hari Isnin 24hb November 2008, usul tersebut akan dibacakan ataupun dibahas di dalam Dewan Rakyat sekiranya dibenarkan oleh Yang Di Pertua Dewan. (tamat)


PEJABAT KETUA PEMBANGKANG

DEWAN RAKYAT