Justice For All Malaysia

Archive for February 11th, 2009

MB Nizar mempertahankan sesuatu kerana ia benar dan haq.

Penyerahan seperti yang dianjurkan oleh Tunku (catatan dalam blog beliau di akhir tulisan ini) akan bererti kelemahan dalam memperjuangan kebenaran dan keadilan.

Itulah bezanya MB Nizar dan Tunku.   Adakah Tunku ingat Nizar berkehendakkan kedudukan MB itu seperti mana hasrat pemimpin Umno-BN.   Adakah wajar seseorang wira seperti Nizar menyerah tunduk saja kerana kebejatan kuasa yang ditunjuk oleh Umno-BN?

Jiwa pejuang MB Nizar terlalu amat jauh bezanya dengan jiwa Tunku yang hanya menulis huruf-huruf di atas kertas dari kerusi empuknya berbanding Nizar yang berada dalam gelanggang dan bergelut mempertahankan hak dan kuasa rakyat.

Rakyat Perak mahukan Nizar dan seluruh pimpinan dan penggerak Pakatan Rakyat, khususnya di negeri Perak untuk “Lawan Tetap Lawan”  till the last breath.

Ajakan Tunku mencemar perjuangan yang luhur…ia bukan sesuatu yang menjitukan jiwa dan hati pejuang…ia wajar dicampak jauh dari lubuk pemikiran dan perasaan.   Para penegak kebenaran dan keadilan…kita ada kuasa yang lebih besar dari sekelian kuasa di dunia dan alam semesta ini bersama kita, jika kita benar dan luhur.   Adakah rakyat ketika ini percaya bahawa a good line-up yang disebut oleh Tunku itu akan memberi segala apa yang mereka ada untuk rakyat di bawah telunjuk Umno-BN?   Apakah belum lagi jelas apa itu Umno-BN yang sarat dengan nilai yang korup pada Tunku?   Bilakah agaknya kepandiran yang disengajakan ini akan berakhir?

Sekarang ini, Rakyat hendakkan Nizar menjadi MB dan juga Ahli Parlimen!

Semoga di tingkatkan Allah segala kekurangan kita dalam menghadapi krisis ketuanan di negeri Perak.

tunku : i hope nizar will accept the reality that he’s no longer the mb for perak.let it be nizar.now you can try your luck as an mp and try to win the bukit gantang seat. as for the nex executive council members, give your 100% to the state and the people.it is a good line up and we hope that may be an outsider be appointed as the speaker of the house.nizar should hand over officially to zambry the mb post, be a wise leader.