Justice For All Malaysia

Archive for February 5th, 2009

Proses penerusan pimpinan Dewan Undangan negeri Perak perlu mengikut lunas-lunas perlembagaan dan undang-undang untuk menjadi kerajaan negeri yang sah.

Speaker Dun Perak juga telah memfailkan di mahkamah pagi tadi usul dengan bukti surat perletakkan jawatan tiga Adun Perak –  Behrang, Cangkat Jering, dan Jelapang.   Dengan itu, tidak timbul isu bahawa BN mempunyai majoriti dalam Dun Perak ataupakatan Rakyat kehilangan majoriti Dun Perak.

Di saat ini, PR=28 kerusi    BN=28 kerusi  dan bebas=3 kerusi

Tuanku dan ramai yang terlibat dalam kemelut politik Perak ini mengetahui dan amat arif tentang keperluan undang-undang dengan begitu teliti sekali.   kemelut itu harus ditangani dengan bijak dan teliti juga agar tidak di sumpah oleh rakyat jelata.

Undang-undang pembubaran Dun dan peralihan kuasa juga adalah jelas.

Umno tidak perlu bersikap seperti perampas kuasa yang tidak pernah terdidik atau dididik oleh dunia dan agama; mengepung pejabat dan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dan menghalang MB Nizar serta kakitangan lain untuk memasuki pejabat, tanpa peraturan dan prosedur dan dokumen-dokumen rasmi.

Begitu angkuhnya Umno sehingga mengarah Setiausaha Kerajaan Negeri menghambur kata-kata kepada MB Nizar bahawa kini beliaulah (Setiausaha Kerajaan Negeri) yang berkuasa.

Ketika ini kepimpinan Pakatan Rakyat masih terus berada di kediaman rasmi MB Perak.   Rakyat akan bersama-sama mereka malam ini.   Kerana lokasi asal, Stadium Perak telah dikunci oleh mereka yang di bawah telunjuk Umno.

Krisis politik Perak belum tentu bila berakhirnya.

Advertisements

Diberitakan bahawa ribuan anggota keselamatan telah dikerah ke Ipoh.

Posted on: February 5, 2009

Pertahankan Kuasa Rakyat

Defend People’s Power捍卫人民力量

Untuk merampas kuasa pentadbiran negeri Perak

daripada Pakatan Rakyat, Timbalan Perdana Menteri Najib Razak telah menunjukkan taringnya sekali lagi.

Taktik kotor yang digunakan oleh Najib Razak kali ini sebelum sampai ke pucuk pimpinan negara ini pada Mac nanti adalah ulangan:

Duit Submarine Hilang Duit Helipcopter Hilang

Altantuya Hilang Dr Osman Hilang Inspektor Bala Hilang

ADUN Perak Hilang


HRH Sultan Azlan Shah, Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance: Selected Essays and Speeches,

Thomson Sweet & Maxwell Asia, 2004:

Under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang diPertuan Agong would not withhold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal.

Translasi:

Dalam keadaan normal, pada kebiasaannya Yang diPertuan Agong tidak akan mempunyai halangan dalam persetujuan Baginda terhadap permintaan ke atas pembubaran Parlimen. Peranan Baginda adalah bersifat formal semata-matanya.

Mari rakyat bangkit dan bersatu Pertahankan Kuasa Rakyat

daripada terus HILANG dalam tangan Najib Razak.

Biar rakyat yang menentukan.

HRH Sultan Azlan Shah, Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance: Selected Essays and Speeches,

Thomson Sweet & Maxwell Asia, 2004:

Under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang diPertuan Agong would not withhold his consent to a request for the dissolution of Parliament. His role is purely formal.

Translasi:

Dalam keadaan normal, pada kebiasaannya Yang diPertuan Agong tidak akan mempunyai halangan dalam persetujuan Baginda terhadap permintaan ke atas pembubaran Parlimen. Peranan Baginda adalah bersifat formal semata-matanya.

Mohon Tuanku Bubar Dewan Undangan Negeri Perak.

Kembalikan Kuasa Rakyat. Ampun Tuanku.