Justice For All Malaysia

Rakyat Perak bangkit pamer hasrat

Posted on: February 4, 2009

Urusan kerajaan negeri adalah urusan rakyat.   Rakyat Perak mesti bertanggungjawab menentukan siapakah yang wajar mentadbir negeri Perak.   Permainan politik golongan yang berkepentingan sempit mesti ditolak.   Apalagi sekiranya ada insinuasi sogokkan wang dan taktik ganas yang mesti disiasat.

Adakah wajar ahli-ahli politik menggunakan perlembagaan dan dan undang-undang semata-mata yang hasilnya bukan seperti apa yang dikehendaki rakyat?   Rakyat mahu Pakatan Rakyat terus mentadbir negeri Perak.

Adalah lebih adil untuk membenarkan rakyat memilih semula wakil-wakil rakyat mereka dan keputusan bukan ditentukan oleh semata-mata perlembagaan dan peraturan yang rohnya dihalakan hanya kepada kepentingan rakus segelintir ahli politik yang bukan sepenuhnya berlandaskan agenda kepentingan rakyat jelata.

Jika para pemimpin terus bersikap buta dan tuli terhadap kehendak rakyat, apakah mesti rakyat buat supaya pemimpin dengar dan celik terhadap apa yang dihasratkan oleh rakyat?

Mestikah rakyat mempamerkan kemarahan mereka secara terang-terangan?

Mestikah rakyat turun ke jalanan untuk mempamerkan hasrat mereka?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: