Justice For All Malaysia

Kuala Terengganu by-election

Posted on: December 22, 2008

Farid to quit as dep minister, senator
Dec 21, 08 2:56pm
Wan Ahmad Farid Wan Salleh will resign as deputy home minister and senator on Jan 15,  

Bernama reported today.

“I will continue to hold the post of deputy minister and, simultaneously, that of senator until Jan 5,” the Barisan Nasional (BN) candidate for the Kuala Terengganu parliamentary by-election said.

wan ahmad farid terengganu 221007Jan 5 is the eve of nomination for the by-election. Polling is on Jan 17.

Yesterday, Deputy Premier Najib Tun Razak named Wan Ahmad Farid, 46, who is also Kuala Terengganu Umno division chief, as the BN candidate for the by-election. His selection was not a surprise due to his popularity in Terengganu.

Born and raised in KT 

Ahmad Farid is is also considered a ‘political heavyweight’, which is an advantage because the parliamentary seat was previously held by a deputy minister – Razali Ismail, who died of a heart attack on Nov 28.

The 46-year-old former lawyer who graduated from Thames Valley University, London was born and raised in Kuala Terengganu. 

Meanwhile, arch-rival PAS, who will carry the Pakatan Rakyat banner, has yet to name its candidate. However, the party is believed to choose between Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, state chief Mustafa Ali and vice-president Mohamad Sabu.

BN is set to face a heated battle not only from PAS, but from Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) and three others who have expressed interest in the seat

KT: PAS umum calon 1 Januari
Dec 21, 08 6:19pm
PAS akan hanya mengumumkan calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, pada 1 Januari depan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu.

Pada mulanya, PAS dijangka mengumumkan nama calonnya hari ini, selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan semalam pemilihan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pada masa ini, parti itu telah menentukan calonnya itu, yang merupakan seorang profesional dan berjiwa rakyat, lapor Bernama.

“Kita sudah ada calon…dalam poket saya, Insya-Allah…tunggu 1 Januari depan (kita umumkan),” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat di Pusat Tarbiyah PAS Kuala Terengganu hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Abdul Hadi berkata calon yang akan diketengahkan oleh PAS itu merupakan seorang yang lebih layak daripada calon yang ditampilkan oleh Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata calon PAS itu adalah individu yang mempunyai ketokohan daripada pelbagai aspek dan yakin akan dapat diterima oleh pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemilihan Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon BN.

Ditanya mengapa PAS mengambil masa yang lama untuk mengumumkan calonnya berbanding BN, Abdul Hadi berkata PAS tidak mahu terikut-ikut dengan cara BN dan tidak tergesa-gesa untuk berbuat demikian.

“Tidak lama, penamaan calon pun lambat lagi (6 Januari),” katanya dan menurutnya kelewatan pengumuman calon itu tidak akan meresahkan penyokong PAS kerana pada masa ini mereka begitu bersemangat menjalankan tanggungjawab dalam menghadapi pilihanraya kecil itu.

Abdul Hadi berkata dengan pemilihan calonnya itu, PAS yakin dapat merampas kerusi parlimen berkenaan, tambahan pula kawasan tersebut merupakan antara kubu kuat parti berkenaan.

Mengenai calon PAS sama ada penduduk setempat atau Naib Presidennya, Mohamad Sabu seperti yang dicadangkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi berkata: “(Sama ada) Mat (Mohamad) Sabu, Nasharuddin atau Salahuddin…1 Januari.”

Mengenai pemilihan Wan Ahmad Farid sebagai calon BN, Abdul Hadi berkata perkara itu terserah kepada BN untuk menilai calon mereka sendiri.

“Kita tidak perlu komen (Wan Ahmad Farid sebagai calon), itu hak BN. Yang pasti, kita akan lawan (calon BN),” katanya.

Beliau juga berpuas hati dengan persiapan jentera pilihanraya PAS dan parti komponen Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya kecil itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, calon BN Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

Sementara itu, Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil PAS Terengganu, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong berkata pihaknya akan mencadangkan kepada PAS pusat untuk mengumumkan nama calon lebih awal.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, berkata ini bagi memudahkan jentera pilihan raya membuat perancangan serta strategi dalam usaha menarik sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: