Justice For All Malaysia

Live dari Parlimen : Kayuh JERIT Kayuh!

Posted on: December 18, 2008

Setelah hampir 2 jam berunding dengan pihak polis, pengayuh JERIT telah berjaya memasuki Parlimen kira-kira jam 1150 pagi.
(Gambar: Aru sedang berunding dengan pihak Polis)
Hampir 100 orang pengayuh basikal bersedia memasuki parlimen manakala hampir 200 orang lagi berjalan memasuki Parlimen. Tetapi hanya kira-kira 30 pengayuh dibenarkan masuk. 10 lagi ditahan diluar Parlimen. Kemasukan pengayuh JERIT ke Parlimen melambangkan kejayaan rakyat dalam tuntutan awal mereka terhadap enam perkara yang telah mereka sebutkan.

1. Gubal Akta Gaji Minima

2. Mansuhkan ISA

3. Perumahan Selesa Untuk Rakyat

4. Kawal Harga Barangan

5. Pulihkan Pilihanraya Majlis Tempatan

6. Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas

Kelihatan helikopter yang menyelia pergerakan JERIT


Sebenarnya, rakyat tidak perlu ‘menJERIT’ sebegini untuk mendapatkan sesuatu yang merupakan milik mereka sedari dulu. Ramai anggota polis dikerah untuk mengawal serta mennyekat para pengayuh JERIT untuk tidak masuk ke perkarangan Parlimen.

PDRM sekali lagi telah diperkudakan oleh tangan-tangan ghaib dari kalangan mereka yang berkuasa di Malaysia. Rombongan JERIT adalah satu rombongan yang telah datang secara aman yang ingin menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri. JERIT sememangnya disokong oleh sekalian rakyat Malaysia yang tertindas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: