Justice For All Malaysia

MASA DEPAN BUKIT ANTARABANGSA

Posted on: December 17, 2008

Oleh Rozaini Mohd Rosli

Kuala Lumpur, 17 Disember: Insiden maut tanah runtuh di Bukit Antarabangsa bukanlah sesuatu yang tidak boleh dielakkan, dan ia bukanlah insiden yang julung kali telah berlaku di situ. Ia menjadi suatu bencana yang mengerikan berulangkali kerana maklumat yang tepat mengenai keadaan kediaman dan masa depan kehidupan di situ tidak dihebahkan kepada umum agar langkah-langkah yang boleh menyelamatkan rakyat diambil, dan rakyat juga boleh membuat keputusan untuk berpindah atau meneruskan kehidupan di tempat-tempat yang sekarang ini sudah dianggap sebagai tidak selamat.
Apakah sebenarnya status tanah di kawasan seperti Bukit Antarabangsa?
Dalam laporan Pengarah Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor pada 21 Julai 2003, kawasan tersebut diklasifikasikan di bawah Rancangan Fizikal Negara sebagai kawasan tadahan air (water catchment area). Kawasan sedemikian adalah kawasan yang memerlukan pemuliharaan yang tinggi yang sepatutnya tidak melibatkan sebarang aktiviti pembangunan yang boleh dengan mudah mencemarkan kawasan tersebut dari sudut fizikal dan fungsinya sebagai kawasan tadah air. Laporan itu sewajarnya diambil perhatian dan dilaksanakan sebagai suatu tuntutan bukan semata-mata nasihat seperti yang berlaku sekarang ini (Ringkasan kejadian tanah runtuh di negeri Selangor yang direkodkan sejak tahun 1993 sehingga kini oleh Pejabat Menteri Besar Selangor dalam Sidang Media 10/12/2008).
Dalam Perlembagaan Persekutuan pula disebut bahawa:
State land means all land in the State (including so much of the bed of any river, and of the foreshore of the sea, as is within the territories of the State or the limits of territorial waters) other than:
(a) alienated land
(b) reserved land
(c) minimg land
(d) any land which, under the provision of any law relating to forests (whether passed before or after the commencement of this Act) is for the time being reserved forests. (National Land Code, Act 56 of 1965 & Regulation)

Article number: 81
81. The executive authority of every State shall be so exercised-
(a) as to ensure compliance with any federal law applying to that State; and
(b) as not to impede or prejudice the exercise of the executive authority of the Federation.

Article 91 of the Malaysian Constitution provides for the establishment of a National
Land Council comprising of State representatives with a Federal Minister as a
Chairman. The main function of this Council is to formulate a national policy for the
promotion and control of the utilization of land throughout the country for mining,
agriculture, forestry of any other purpose in consultation with the Federal and State
Governments and the National Finance Council. It is mandatory for the Federal and
State Governments to follow the policy formulated. (Gurjit Singh, 1994, LAND LAWS, LAND POLICIES AND PLANNING IN MALAYSIA, http://www.serd.ait.ac.th/ump/op8.pdf)

Article number: 94
(1) The executive authority of the Federation extends to the conduct of research, the provision
and maintenance of experimental and demonstration stations, the giving of advice and technical
assistance to the Government of any State, and the provision of education, publicity, and
demonstration for the inhabitants of any State, in respect of any of the matters with respect to
which the Legislature of a State may make laws; and the agricultural and forestry officers of any
State shall accept any professional advice given to the Government of that State under this
Clause.
(2) Notwithstanding anything in this Constitution, the existing Departments of Agriculture,
Commissioner of Lands, Forestry and Social Welfare may continue to exercise the functions
exercised by them immediately before Merdeka Day.
(3) Nothing in this Constitution shall prevent the Federal Government from establishing
Ministries or Departments of Government to exercise the functions of the Federal Government
under Article 93 and this Article in relation to matters within the legislative authority of a State,
and such matters may include soil conservation, local government and town and country
planning.

Artikel-artikel dalam Perlembagaan Persekutuan di atas memberi maksud bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa yang sangat luas dalam menentukan dasar-dasar perancangan tanah di Malaysia.

Dalam meneliti perkara-perkara di atas, perlu dipastikan sama ada Kerajaan Persekutuan telah memberi arahan mengenai kelulusan permastautinan dan pembangunan perumahan di Bukit Antarabangsa.

Akta 313, Akta Perhutanan Negara 1984, di bawah seksyen 12 pula menjadikan hutan tadahan air sebagai simpanan kekal. Status itu boleh berubah dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri setelah mengambilkira perkara-perkara berikut:

12(a) …keperluan bagi pemuliharaan tanah dan air serta lain-lain pertimbangan ke alam sekitar…dan terdapatnya sejumlah kawasan yang lebih kurang sama luasnya sebagai gantian, menurut keperluan seksyen 7.

Ia bermaksud bahawa setiap jumlah kawasan hutan simpanan yang digunakan untuk sebab-sebab yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri, kawasan tersebut mesti digantikan dengan keluasan tanah/kawasan yang serupa.
Dalam menyumbang kepada negara-negara di dunia dalam usaha memelihara alam sekitar, badan dunia Bangsa-Bangsa Bersatu telah memperuntukan sejumlah sumbangan yang besar untuk pemuliharaan hutan-hutan simpanan di Malaysia menerusi Bank Dunia. Peruntukan tersebut diperolehi menerusi program Local Agenda 21. Berkemungkinan dalam konteks trajedi Bukit Antarabangsa, para penghuni mangsa dan mereka yang ingin berpindah dari tempat itu akan diberikan pampasan oleh Bank Dunia tersebut. Bahkan para penghuni di kawasan-kawasan seumpamanya juga mungkin berkelayakan untuk mendapatkan peruntukan tersebut. Perkara ini perlulah diselidiki kerana ia memberi jalan keluar yang akan meringankan bebanan dan tanggungan penghuni yang telah dinafikan maklumat sebenar tentang risiko kediaman di kawasan-kawasan tadah air.
Disamping itu, peruntukan dari Bank Dunia juga memberi sumbangan kewangan yang diperlukan terhadap usaha-usaha pemuliharaan yang menggantikan setiap pohon yang ditebang di Malaysia.

1 Response to "MASA DEPAN BUKIT ANTARABANGSA"

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: