Justice For All Malaysia

Parlimen: Perbahasan Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2008 masing berlangsung sehingga 11.30 malam ini

Posted on: December 15, 2008

Ketika ini Azmin Ali sedang berucap.
Beliau mengulangi kekurangan Akta SPRM 2008 ini, iaitu tidak berlaku prinsip separation of powers untuk menjadi badan penguatkuasaan Akta SPRM 2008 ini satu badan yang benar-benar bebas dan bertanggungjawab.

Dengan itu, iltizam kerajaan membantras rasuah di negara ini diragui.

Peguam Negara diberi kuasa yang luas untuk memilih kes ke mahkamah dan mencampuri urusan penyiasatan kes-kes mahkamah kerana sekelian jentera suruhanjaya ini perlu merujuk segala penyiasatan kepada Peguam Negara terlebih dahulu.

Azmin Ali menimbulkan isu jaminan keselamatan whistleblowers dan keluarga mereka apabila melaporkan rasuah. Perlu ada Akta/undang-undang yang melindungi pelapor dan saksi-saksi mengenai kes-kes rasuah serentak dengan Akta seperti Akta SPRM 2008.

2145hrs Dr Hatta (PAS-Kuala Krai) menegaskan soal bahawa eksyen 58 tidak memberi kebebasan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah melaksanakan  atau mengoperasikan tuntutan Akta ini kerana semuanya perlu mendapat kelulusan daripada Peguam Negara.

Umum mengetahui bahawa Peguam Negara sekarang ini sedang menghadapi berbagai tuduhan rasuah dan penyelewengana dan penyalahgunaan kuasa.

2238hrs Wlliam Leong (KeADILan-Selayang) perlu sumber kewangan yang mencukupi dan wajar hanya diluluskan oleh Parlimen supaya isu kebergantungan kepada agensi kerajaan atau Peguam Negara dielakkan sama sekali.   Suruhanjaya perlu melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil dan bebas.

S52 dan 62 telah menukar prinsip innocent until found guilty.

Pengalaman kes VK Lingam menunjukkan betapa BPR tidak bebas dalam melaksanakan keadilan dan membawa ke pengadilan mereka yang bersalah kerana melibatkan individu-individu yang berjawatan tinggi.

Monopoly of power selamanya tidak akan dapat melawan budaya rasuah.

Pemonopolian kuasa mesti memberi laluan kepada Suruhanjaya agar ia menjadi badan bebas dan beliau memohon Akta dikaji semula agar usaha Akta SPRM 2008 mencegah rasuah bukan dengan mere words and no substance.

2250hrs Dr Lo’ Lo’ (PAS-Titiwangsa).   Kejayaan Akta PRSM 2008 perlu dimulai dengan integriti sistem yang mendokong usaha pencegahan, yang termasuklah sistem kehakiman, sistem perundangan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: