Justice For All Malaysia

Usul Azmin Ali mengenai runtuhan di Bukit Antarabangsa

Posted on: December 10, 2008

sedang berlangsung.

Azmin telah membentangkan usulnya.

Beliau menggesa Parlimen menjadikan garis panduan yang telah diwartakan pada tahun 2001 dijadikan undang-undang yang dipatuhi di mana cerun 3 dan 4 tidak boleh dilakukan sebarang pembangunan atau pembinaan keidaman dll.

Pihak yang betanggungjawab mestilah dibawa ke pangadilan dan dipertanggungjawabkan.

Menteri Besar, Khalid Ibrahin menjelaskan bahawa kerjaan Selangor telah mengkaji projek-projek telah diluluskan dari 2002 hingga sekarang.

64 projek sedang berjalan, 21 projek belum bermula dan  3 lagi terbengkalai.

Ada 27 projek sedang berjalan di MPAJ, dan 10 projek terletak disekitar lokasi tanah runtuh.

Sejak 1997, beberapa insiden runtuhantelah berlaku di Pangsapuri Highland Towers, Athenium Towers, Bukit Antarabangsa Hill View, Lot Bunglow di Zoo View, dan beberapa lagi insiden keruntuhan di sekitar Ampang.

Telah berlaku juga pada Mac 2008 bongkah batuan pula runtuh.

Kerajaan segor telah membuat keputusan untuk tidak lagi membuat projek cerun kelas 3 & .

Kerajaan Pusat dan Negeri mestilah membuat rancangan bersama bagaimana untuk membetulkan penempatan yg sedia ada. Kalau tidak, risiko tingggi akan dihadapi oleh penduduk berkenaan.

Lim kit Siang pula berkata, “It is shere negligence on the part of the authority, testimony bahawa 48 nyawa yg hilang secara sia-sia kerana iktibar yg patut diambil tidak berlaku.

Royal Commisssion perlu diwujudkan untuk tiga tujuan:

Siasat sebab musabab punca tanah runtuh.

Kenapa pihak berkuasa tidak mempelajari apa yg telah berlaku paa tahun 1993 lalu.

Kenapa di Hong Kong boleh berjaya mencegah tanah runtuh, walupun ada pembinaan di lereng-lereng bukit.

Dr Hatta, Kuala Kerai berkata bahawa 5000 penduduk telah diarahkan berpindah.   Trauma yang dialami penduduk perlu diambil perhatian.   Kelihatan bahawa ada yang sudah bercakap sendirian; dengan itu jiwa sebegitu perlu ditangani segera.

Suatu jawatankuasa bebas segera ditubuhkan untuk menyiasat insiden yang telah berlaku.

Perlu ada suatu jawapan dan maklumat yang tepat dan terperinci mengenai kawasan di Bukit Antarabangsa.   Perlu juga  didapati siapakah yang betanggungjawab tentang design dan bentuk pembangunan di ditu.

Bagaimana untuk menjaga kebajikan mereka, yang tiada bantuan insura, dengan mencari jalan tengah bagi menyelesaikan kesusahan penduduk.   Apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa itu merupakan natural disaster hasil dari perbuatan tangan-tangan manusia.

Beliau Berharap agar siasatan mengenai projek-projek berisiko tinggi kepada penduduk yang sedang berjalan dan akan datang di berhentikan serta-merta.

Ahli Parlimen Nambong berkata bahawa keruntuhan tanah di cerun dan lereng bukit biasa berlaku bila tanah bersifat longgar dan tidak kuat untuk menahan dari runtuh.   Hentikan sebarang pembangunan sekarang juga kerana runtuhan pasti berlaku di kawasan-kawasan berkenaan.

1715hours

Menteri (Tanjong Malim) menjawab bahawa masalah runtuhan tanah melibatkan kementerian-kementerian lain juga.

Agensi penyelamat SMART, RELA, polis, tentera, NGO  dll telah membantu kerja-kerja menyelamat.

Satu Jawatankuasa akan menyiasat dan memberi laporan daldam masa tiga bulan.   Beliau menafikan bahawa pembangunan menjadi sebab utama atau muktamad terhadap sebab-sebab runtuhan di Bukit Antarabangsa.

Lim Guan Eng , Seksyen 19 dimansuhkan agar PBT boleh disaman kerana kesalahan meluluskan projek-projek yang tidak patut diluluskan.

Garis panduan, kata beliau sudah mencukupi, maka PBT sewajarnya menuruti panduan-panduan tersebut.

Azmin Ali, menjawab Menteri bahawa tidak betul bahawa kenyatan Menteri mengatakan bahawa tidak ada pembangunan lagi di Bukit Antarabangsa.

Azmin Ali mempertikaikan siapakah yang memberi taklimat kepada Menteri.

1 Response to "Usul Azmin Ali mengenai runtuhan di Bukit Antarabangsa"

awak memang prihatin terhadap rakyat kawasan awak azmin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: