Justice For All Malaysia

Bersedia juga untuk pilihanraya kecil kuala Terengganu

Posted on: December 9, 2008

KT ‘lebih panas’ daripada Ptg Pauh
Muda Mohd Noor | Dec 9, 08 5:22pm
Umno meramalkan pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari depan akan menyaksikan pertarungan sengit antara BN dengan PAS, “lebih panas daripada pilihanraya Permatang Pauh.”

Sebahagian puncanya, kata anggota biro penerangan Umno negeri Zulkifli Nasir, akibat sabotaj di kalangan penyokong Umno jika calonnya bukan ketua bahagian berkenaan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Tambahnya, pemilihan timbalan menteri itu “akan menyelesaikan banyak masalah tetapi tidak dapat menyelesaikan semua sekali.”

kuala terengganu by election wan farid bn candidate 031208“Peluang Datuk Wan Ahmad Farid menang lebih baik berbanding calon BN lain.

“Tetapi orang tidak suka kepada abangnya Datuk Wan Hisham.

“Orang kata, jangan libatkan Datuk Wan Hisham (dalam pilihanraya ini) kerana orang Umno tidak suka,”  kata Zulkifli, bekas ahli jawatankuasa bahagian Kuala Terengganu.

“Orang kata, kalau libatkan Datuk Wan Hisham mereka akan tolak semua.

“Jadi Datuk Wan Ahmad Farid kena buang kepentingan keluarga dan kawan-kawan, sebaliknya mengutamakan kepentingan parti.”

Wan Hisham, bekas seorang exco negeri dalam pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh, gagal mempertahankan kerusi Ladang, Mac lalu.

Naib ketua bahagian Umno itu tewas kepada calon PAS Datuk Tengku Hassan Tengku Omar, bekas pegawai kewangan negeri, dengan majoriti tipis, 31 undi.

Zulkifli menambah, BN juga menghadapi cabaran berat kerana terdapat penyokong Umno yang kecewa dengan kerajaan persekutuan yang dianggap sukar memberikan peruntukan kepada kerajaan Terengganu kini, termasuk gagal memulangkan wang royalti minyak.

bm version kuala terengganu parliamnetary seat 291108“Orang marah kerana kerajaan negeri hari ini tidak boleh melaksanakan projek pembangunan kerana kerajaan pusat tidak beri wang, tidak seperti zaman Datuk Seri Idris menjadi menteri besar,” katanya, juga bekas setiausaha politik tokoh Umno negeri Tan Sri Yusuf Nor, kini pengerusi Felda.

“Jadi rakyat akan ajar BN dengan cara tidak mengundi calon parti itu.”

Pilihanraya kecil Permatang Pauh, yang dimenangi penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ogos lalu digelar “ibu segala pilihanraya kecil” menyaksikan pertarungan sengit kedua-dua pihak, termasuk  bersumpah menggunakan nama Allah, pergaduhan sewaktu hari penamaan calon dan ugutan bom di bilik gerakan BN.

Kuala Terengganu adalah pilihanraya kecil kedua selepas Permatang Pauh.

Sementara seorang ahli jawatankuasa Umno Kuala Terengganu, Sulaiman Ali bimbang akan berlaku pergaduhan dalam kempen mulai 6 Januari ini kerana kawasan itu dipenuhi oleh orang luar yang ghairah berkempen.

“Saya bimbang orang PAS membuat kacau tetapi orang Umno yang dapat nama (buruk),” katanya.

“Kita bimbang orang kita (penduduk tempatan) ganggu orang luar sehingga timbul pergaduhan.”

Walaupun yakin peluang calon Umno menang lebih cerah berbanding PAS, beliau percaya faktor calon memainkan peranan utama.

“Tetapi ia bergantung kepada calon juga. Kalau letak Datuk Wan Ahmad Farid, peluang adalah 55 peratus, kalau calon lain hanya 45 peratus,” katanya.

Untuk memastik BN mengatasi cabaran hebat PAS, parti itu perlu memperjuangkan isu orang Melayu untuk menarik sokongan majoriti hampir 90 peratus pengundi kawasan itu.

Umno bahagian Kuala Terengganu dijadual mengadakan mesyuarat khas, dipercayai membincangkan persiapan pilihanraya kecil tersebut, di bangunan pejabatnya di Gong Kapas, jam 9 malam ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: