Justice For All Malaysia

Tanah Runtuh Taman Bukit Mewah: Arahan siapa yang didengari oleh Jentera Kerajaan?

Posted on: December 7, 2008

Menteri Besar Selangor, Khalid Ismail dilaporkan telah berada di lokasi kejadian tanah runtuh Taman Bukit Mewah hampir serta-merta bila beliau menerima berita musibah tersebut.   Laporan beberapa akhbar menyebut bahawa beliau dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali telah sampai ke tempat bencana itu seawal 4.30 pagi.

Persoalan yang timbul ialah bagaimana boleh Menteri Besar hadir lebih dahulu daripada jentera-jentera petugas yang berkaitan dengan bencana seperti tanah runtuh di Taman Bukit Mewah ini?

Dalam satu dapatan, para pegawai-pegawai terbabit telah mula bercuti dan tidak menjawab talian telefon masing-masing.   Adalah menjadi suatu kekurangan yang ketara sekiranya jentera-jentera kerajaan persekutuan dan negeri mengambil enteng kepentingan masyarakat – lebih-lebih lagi yang bersangkutan dengan risiko rakyat kehilangan nyawa dan harta-benda mereka.   Para pegawai dan kakitangan kerajaan kesemuanya wajar untuk TIDAK mematikan atau menutup atau tidak menjawab panggilan-panggilan yang berkaitan urusan rakyat.   Sebaiknya ada no. talian khusus yang dijawab oleh pegawai yang khusus juga yang menjadi koordinator yang pantas menyebar berita dan mengkoordinasi pasukan penyelemat yang teratur dan berkesan.

Menurut seorang yang berpengalaman dalam tugas menyelemat nyawa manusia, tempoh dua jam adalah jangkawaktu yang boleh menyelamatkan nyawa-nyawa insan yang terperangkap dalam timbunan tanah sedemikian.

Pergerakan yang pantas boleh menyelamatkan nyawa manusia.   Sebarang kelewatan atau kelembapan akan menyulitkan peluang bagi menyelamatkan mana-mana insan yang masih punya harapan dalam tempoh dua jam itu.

Adalah amat menghairankan, bahkan menggusarkan rakyat ramai yang melihat bilamana ada pemimpin Jabatan Persekutuan yang berdiri berasingan dan jauh dari Menteri Besar Selangor yang sedang sedaya upayanya mengendalikan musibah yang menimpa rakyat.

Tentunya rakyat rasa bimbang dan ada kekurangannya, sekiranya pemimpin sebuah Jabatan Persekutuan yang penting, di mana rakyat bergantung harap agar keselamatan mereka dipenuhi, tidak kelihatan mempunyai hubungan yang mesra dengan pemimpin negeri.   Kegusaran itu bertambah bila mana keperluan mengendali musibah yang tidak disangka-sangka ini berlaku – yang memerlukan segala jentera dan pengorbanan tanpa banyak perkiraan dan persoalan serta keremehan yang boleh merencatkan kelancaran tugas-tugas menyelamat mangsa dan harta-benda mereka.

Para kakitangan jentera kerajaan Persekutuan dan Negeri wajiblah memahami supaya tidak sekali-kali mempolitikkan urusan-urusan atau tugasan demi kepentingan rakyat.   Kerugian yang bertimpa-timpa terhadap nyawa dan harta-benda rakyat adalah akibat dari pemikiran sempit politik sedemikian.

Bilakah sebahagian ahli-ahli politik dan sebahagian kakitangan kerajaan, semua mereka akan membebaskan diri mereka dari kepompong politik keanak-anakan ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: