Justice For All Malaysia

Majlis Perniagaan Selangor Ditubuhkan Bagi Bincang Hal Ekonomi

Posted on: December 3, 2008



SHAH ALAM, 26 November – Majlis Perniagaan Selangor akan ditubuhkan tidak lama lagi antara lain bagi membincangkan isu pembangunan ekonomi dan usaha menarik pelabur ke negeri ini.


Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata majlis itu akan dianggotai ketua eksekutif syarikat yang beroperasi di Selangor.

“Kita kumpulkan mereka supaya mereka dapat memberi nasihat dalam beberapa perkara untuk menentukan yang Selangor dapat memberi perkhidmatan yang cekap dan sebaik-baiknya kepada pelabur,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) petang tadi.

Menurut Abdul Khalid, Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC Berhad) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri sebaliknya berperanan sebagai pusat sehenti kepada pelabur mendapatkan khidmat dalam operasi mereka.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok yang turut sama dalam sidang media itu berkata pertemuan pertama antara anggota majlis berkenaan akan diadakan pada 3 Disember depan.

Teresa berkata nama mereka yang menganggotai majlis berkenaan akan diumumkan kemudian. – NOOR ALLIA KASSIM

http://www.suaraselangormaju.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=649&Itemid=1


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: