Justice For All Malaysia

Anwar Ibrahim: Usul di Dewan Rakyat pagi tadi yang ditolak oleh Yang di-Pertua

Posted on: November 24, 2008


PERKARA: USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1)

Merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini saya ingin mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Saya, Anwar bin Ibrahim (Permatang Pauh) mohon mencadangkan:

“Bahawa dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini membincangkan satu isu tentang laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 mengenai pengaliran keluar pelaburan langsung asing atau FDI yang mencecah RM38 billion berbanding kemasukan yang hanya RM29 billion untuk 2007 menyebabkan negara mengalami Aliran Bersih Pelaburan Langsung Asing yang negatif sebanyak RM9 billion.”

Tan Sri Yang Di-Pertua

Dalam laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 didapati Malaysia walaupun meningkat kemasukan pelaburan langsung asing kepada RM29 billion untuk tahun 2007 berbanding RM21 billion pada tahun 2006, namun pengaliran keluar FDI secara besar-besaran mencecah RM38 billion pada tahun 2007 menyebabkan Negara mengalami aliran bersih FDI yang negatif sebanyak RM9 billion.

Fenomena pengaliran keluar FDI secara besar-besaran ini berlaku sejak 2005 dan jika berterusan akan mengakibatkan negara terus mengalami penguncupan ekonomi, kemerosotan Keluaran Dalam Negara Kasar, pengangguran dan pengurangan peluang pekerjaan. Apatah lagi dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis kewangan global.

Tan Sri Yang Di-Pertua

Secara menyeluruh rantau ASEAN mengalami peningkatan FDI yang begitu besar mencecah RM209 bilion untuk 2007 berbanding hanya RM116 bilion untuk tahun 2006, ini bersamaan peningkatan sebanyak 81.9%. Walaubagaimanapun hanya Malaysia yang mengalami pemgaliran keluar FDI melebihi pengaliran masuk, menyebabkan negara mengalami aliran bersih FDI yang negatif. Sekiranya fenomena ini tidak ditangani dengan segera maka negara akan ketinggalandadlam persaingan ekonomi dan pembangunan berbanding dengan negara-negara jirannya.

Atas perkara yang tertentu ini yang melibatkan kepentingan rakyat umum yang perlu disegerakan, saya mohon usul ini dibincangkan.

ANWAR BIN IBRAHIM

KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT

AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: