Justice For All Malaysia

Memasyarakatkan prosedur Parlimen(2) – dikemaskini

Posted on: November 15, 2008

Parlimen seharusnya menjadi tempat berkumpulnya Ahli-Ahli Parlimen yang berbicara dan bersidang sebagai wakil Rakyat jelata – ada yang menyokong mereka dan ada yang tidak – bukan mewakili parti masing-masing.   Dengan itu, kerusi-kerusi harus ditempatkan tanpa adanya sempadan antara barisan pemerintah dan pembangkang.   Ahli-Ahli Parlimen seharusnya duduk di kerusi-kerusi Dewan Rakyat mengikut negeri masing-masing dan berbicara sepanjang waktu untuk kebaikan rakyat sebagai agenda utama, bukan untuk kepentingan parti masing-masing.

Parlimen adalah lambang politik non-partisan yang adil dari segala sudutnya untuk menyempurnakan segala kemaslahatan yang berkaitan dengan keperluan Rakyat.   Ia melewati batas-batas kepartaian, lebih-lebih lagi batas ras dan agama.   itulah sebenarnya gerakan politik massa yang releven dan akan terus relevan sehingga akhir zaman.

Urutan dari pemikiran dan budaya politik sedemikian akan menghasilkan perubahan-perubahan yang kreatif dan innovatif bagi memastikan segala proses membuat keputusan disandarkan kepada maklumat yang tepat, pantas dan menyeluruh dan tiada sezarah diskriminasi terhadap sesiapa dalam penyebaran maklumat itu – pembangkang atau pemerintah.   Tentunya kualiti keputusan-keputusan yang dibuat menjadi yang terbaik.   Malaysia mampu untuk membuat perubahan tanpa bergantung kepada contoh dan nasihat dunia luar – walaupun itu suatu yang dituntut – tetapi apa yang diamalkan orang lain hanyalah diambil sebagai panduan kepada Malaysia.   Tentunya para Ahli Parlimen Malaysia dan seluruh kakitangan Parlimen dan mereka yang terlibat mampu memikirkan apa yang terbaik supaya Parlimen Malaysia menjadi contoh Parlimen yang terbaik.

“If there is a political will, there is surely a way”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: