Justice For All Malaysia

Parlimen: Sistem pembesar suara tidak berfungsi(dikemaskini)

Posted on: November 12, 2008

Tiba-tiba ketika persidangan sebelum rehat jam 1.00 tengahari tadi sistem pembesar suara dalam Dewan Rakyat tidak berfungsi sepertimana biasa.

Pengerusi Dewan Rakyat telah mengarahkan ia diperbetulkan dan meminta Ahli-Ahli Dewan Rakyat semua untuk keluar sebentar sehingga keadaan kembali pulih.

Selang beberapa minit loceng Dewan dibunyikan, menandakan Dewan akan menyambung persidangan.

Dewan Rakyat sedang mendengar giliran para menteri atau wakil mereka, Timbalan-Timbalan Menteri untuk memperjelaskan Bajet 2009 diperingkat Jawatankuasa.

Perlu diketahui bahawa yang dibincang dan dipersoalkan dalam Dewan Rakyat tidak termasuk langkah-langkah peningkatan RM7 bilion yang dibentangkan oleh Najib Razak minggu lepas.

Oleh itu, sebenarnya Bajet 2009 ini adalah Bajet yang tidak dikemaskini dan tidak releven dalam menghadapi situasi ekonomi merudum masa depan ekonomi negara dan global.

Sekarang ini sedang membincangkan mengenai anggaran perbelanjaan RM1,444,259,900 kepada Kementerian Perladangan dan Perusahaan Komoditi [Menteri: Peter Chin Fah Kui – Miri]

Dikemaskini jam 7:41pm:

Anggaran perbelanjaan untuk Kementerian Perladangan dan Perusahaan Komoditi telah diluluskan oleh Parlimen sebelum persidangan ditangguhkan jam 5.30 petang tadi.

Kini giliran Kmenterian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membentang dan menjawab persoalan mengenai peruntukan RM3,807,494,100(B. 21).

Berikut adalah ringkasan penyata mengenai anggaran bajet untuk setiap Kementerian:

D.R. 16/2008
RANG UNDANG-UNDANG
b e r n a m a
Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan
Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2009 dan bagi
memperuntukkan jumlah wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun
itu.

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbekalan 2009.
Pengeluaran dan peruntukan untuk perkhidmatan bagi tahun
2009
2. Pengeluaran sejumlah wang yang tidak melebihi satu ratus dua
puluh sembilan bilion sembilan ratus enam puluh satu juta tiga
ratus lapan puluh dua ribu tiga ratus ringgit (RM129,961,382,300)
daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi
tahun 2009 adalah dengan ini dibenarkan, dan jumlah wang
itu diperuntukkan bagi maksud-maksud yang dinyatakan dalam
Jadual.

B. 1 Parlimen 70,494,400
B. 2 Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja 1,959,000
B. 3 Jabatan Audit 150,825,700
B. 4 Suruhanjaya Pilihan Raya 39,375,900
B. 5 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 50,260,700
B. 6 Jabatan Perdana Menteri 3,661,392,300
B. 7 Jabatan Perkhidmatan Awam 1,721,299,400
B. 8 Jabatan Peguam Negara 139,377,600
B. 9 Badan Pencegah Rasuah 161,032,700
B. 10 Perbendaharaan 2,223,388,600
B. 11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan 31,223,009,100
B. 12 Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun 4,408,600,100
B. 13 Kementerian Luar Negeri 509,582,100
B. 20 Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi 1,444,259,900
B. 21 Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 3,807,494,100
B. 22 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 1,041,195,600
B. 23 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 933,518,300
B. 24 Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 464,850,000
B. 25 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna
377,499,100
B. 26 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 2,342,153,400
B. 27 Kementerian Kerja Raya 1,388,326,700
B. 28 Kementerian Pengangkutan 876,398,500
B. 29 Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi 92,189,100

B. 30 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi 814,923,700

B. 31 Kementerian Pelancongan 649,674,700
B. 32 Kementerian Wilayah Persekutuan 258,303,800
B. 40 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 16,904,400
B. 41 Kementerian Pelajaran 27,350,295,000
B. 42 Kementerian Kesihatan 11,433,169,900
B. 43 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 1,394,997,500
B. 44 Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan
686,957,000
B. 45 Kementerian Belia dan Sukan 408,841,400
B. 46 Kementerian Sumber Manusia 555,908,700
B. 47 Kementerian Penerangan 999,857,600
B. 48 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan  Masyarakat                                  781,390,900
B. 49 Kementerian Pengajian Tinggi 9,682,119,800
B. 60 Kementerian Pertahanan 10,650,504,000
B. 62 Kementerian Dalam Negeri 7,149,051,600
JUMLAH 129,961,382,300
H U R A I A N
Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi
mengeluarkan wang daripada Kumpulan Wang Disatukan sebanyak satu ratus
dua puluh sembilan bilion sembilan ratus enam puluh satu juta tiga ratus lapan
puluh dua ribu tiga ratus ringgit (RM129,961,382,300) untuk perkhidmatan bagi
tahun 2009 dan supaya jumlah wang itu diperuntukkan bagi maksud-maksud
yang dinyatakan dalam Jadual.
[PN(U2)2166]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: