Justice For All Malaysia

Memasyarakatkan prosedur Parlimen(1)

Posted on: November 12, 2008

Saya yakin bahwa Rakyat perlu mengambil bahagian secara aktif dalam memastikan dasar dan halatuju perbincangan di Dewan Rakyat menuju kepada titik persamaan, yang meletakkan isu yang memberi manafaat terbaik kepada Rakyat sebagai perkara teratas dalam setiap perbahasan, pengenalan Rang Undang-Undang, permohonan kelulusan Bajet dan berbagai urusan mesyuarat di Dewan Rakyat.

Rakyat perlu menjadi catalyst dalam menuntut reform supaya berlaku reformasi dalam aturan, prosedur dan perbahasan di Parlimen, khususnya Dewan Rakyat.

Soal-soal berkenaan ketelusan, pendedahan maklumat terkini dan tepat serta perkongsian sekelian data, input dan informasi perlulah berlaku hasil dari wujudnya budaya yang sekufu yang menjadi pegangan berbagai pihak yang terlibat dalam urusan mesyuarat Dewan Rakyat, khususnya Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan. 12/11/08

Budaya memberi pendedahan terbaik mengenai maklumat yang diperlukan oleh Ahli-Ahli Parlimen dalam menyempurnakan tugas mereka di dalam perbahasan belum boleh dibanggakan.

Benar, ada unit penyelidikan (baru ditubuhkan tiga tahun) di Parlimen dan Kementerian-Kementerian yang berpengkalan di Parlimen, tetapi kepantasan memperoleh maklumat bagi semua Ahli-Ahli Parlimen untuk perbahasan, dengan tujuan membuat keputusan terbaik demi kepentingan rakyat masih perlu dipertingkatkan.   Kadangkala maklumat tidak didapati langsung kerana tiada maklumbalas dari kawasan-kawasan yang berkenaan.   Bagi hasil yang terbaik, perbahasan juga perlu ada levelled-playing field, di mana Parlimen seharusnya menjadi wadah yang semata-mata memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat – dengan itu setiap Ahli Parlimen membawa imej ahli politik yang non-partisan (non-Partisan politician).

Kadangkala Menteri sendiri belum boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan yang diajukan, dan memohon masa untuk mengirim jawapan bertulis kepada Ahli-Ahli Parlimen yang bertanya, tetapi keputusan tetap terus dibuat tanpa lengah.  Kualiti maklumat yang diperlukan oleh Dewan Rakyat Kelas Satu, Kelas Dunia, Bermentaliti Kelas Pertama, atau apa-apa ungkapan yang ingin dipakai, belum mencapai aras yang dikehendaki – malah jauh bezanya antara apa yang dikehendaki dengan apa yang sedang berlaku.

Memang wajar Malaysia mewujudkan satu saluran khas televisyen bagi menayangkan persidangan Parlimen untuk Rakyat menyaksikannya.  Jika benar kerajaan ingin Rakyat Malaysia menjadi masyarakat yang berilmu (knowledged-based society) segerakanlah siaran langsung ataupun recoreded version persidangan Parlimen Malaysia.   Jika RTM belum bersedia, banyak stesen TV tempatan atau luar negara yang sudah bersedia bagi membantu melaksanakan.   “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.”  “When there is a political will, there is always a way.”

Bagaimana Rakyat berperanan aktif menentu halatuju persidangan Parlimen? 13/11/08

Bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: