Justice For All Malaysia

Tindakan Protes Pakatan Rakyat, keluar serentak dari Dewan Rakyat

Posted on: November 4, 2008

Tindakan Protes Pakatan Rakyat, keluar serentak dari Dewan Rakyat

Pakatan Rakyat telah membantah penggulungan Najib Razak yang samasekali tidak memberi laluan kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk membahas dan memohon penjelasan atas pengucapan penggulungannya. Sekelian Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah keluar dewan setelah Tian Chua diarah keluar oleh Yang di-Pertua Dewan rakyat kerana melanggar arahan untuk tidak mengganggu ucapan penggulungan Najib Razak sebagai Menteri Kewangan.

Tian menyebut bahawa banyak angka-angka yang dilemparkan oleh Najib adalah angka-angka baru yang perlu perbahasan lanjut. Beliau memohon agar penyata kewangan yang baru diedarkan kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk diteliti dan dibahas semula. Ucapan Najib Razak sebenarnya adalah seperti pengucapan Bajet 2009 yang baru.

Di awal ucapannya, Najib Razak telah memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa beliau tidak akan menjawab persoalan-persoalan dan pertanyaan yang telah ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Parlimen semasa perbahasan. Kenyataan beliau itu telah mengundang berbagai protes dari Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Belum pernah sesuatu penggulungan Menteri, khususnya yang berkenaan Bajet negara dihalang sepenuhnya dari permintaan penjelasan dari Ahli-Ahli Parlimen.

Ternyata bahawa Najib Razak bukanlah seorang pemimpin yang bersedia dan berlapang dada untuk mendengar secara adil dan bersama-sama sesiapa saja dalam memelihara kebajikan dan kepentingan Rakyat jelata.
Tindakan mendiamkan Pakatan Rakyat dan suara-suara yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau di dalam Dewan Rakyat, menerusi kuasa Yang di-Pertua Dewan Rakyat, merupakan suatu tindakan yang amat memalukan Malaysia di mata dunia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: