Justice For All Malaysia

Dasar akhbar yang tidak acuh tentang kebenaran wajar diboikot sepenuhnya

Posted on: November 3, 2008

Mingguan Malaysia didakwa manipulasi kenyataan Hadi
Jimadie Shah Othman | Nov 3, 08 1:12pm
Akhbar Mingguan Malaysia didakwa telah memanipulasi kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan Selangor melantik Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Akhbar Mingguan Malaysia hari ini (semalam) dengan cara yang paling tidak bertanggungjawab dan tidak profesional telah memanipulasi kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi berkenaan pelantikan Low sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS,” lapor laman akhbar rasmi PAS, Harakahdaily.net semalam.

pas hadi awang pc in terengganu regarding pkns 031108Akhbar itu melaporkan Abdul Hadi berkata, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut.

Mingguan Malaysia
memetik Abdul Hadi berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Kemaman, Terengganu kelmarin.

Menurut akhbar itu lagi, Hadi berkata akan meminta penjelasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung pelantikan Siew Moi itu.

Beliau juga dilaporkan berkata, secara umumnya pemerintahan dan pentadbiran negeri mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam.

Mengulas laporan tersebut, Harakahdaily.net meminta seluruh rakyat Malaysia “menilai laporan yang disiarkan akhbar itu dan mengambil tindakan sewajarnya” kerana mendakwa Utusan Malaysia “telah berkali-kali melakukan perbuatan melaporkan berita secara tidak wajar”.

Persatuan bantah

Harakahdaily.net turut memuatkan transkrip penuh sidang akhbar di Kemaman kelmarin selepas merasmikan majlis Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu.

Menurut transkrip itu, Abdul Hadi, ketika ditanya berulang kali pendiriannya berhubung perlantikan Low itu berkata beliau “kena dengar keputusan Selangor dulu” kerana baru balik daripada luar negara dan “belum mendapat maklumat” berhubung perkara itu.

Beliau juga enggan mengulas isu pemansuhan ekuiti pemilikan 30 peratus bumiputera.

Bagaimanapun ketika diminta memberi komen secara umum sama ada seseorang itu tidak dapat diterima perlantikannya ke jawatan tersebut disebabkan tidak beragama Islam, beliau berkata:

“Sekarang.. semua pihak telah menerima sama ada PKR ataupun DAP, teras pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah orang Melayu Islam… sudah diterima.. dalam masa yang sama tidak menafikan peranan semua kaum yang ada dalam negara ini…itu asas umum,” katanya.

Isnin lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan perlantikan Low sebagai pemangku pengurus besar sementara PKNS untuk tempoh setahun.

Low mengambil alih tugas Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.

Keputusan Abdul Khalid itu dibantah enam persatuan kakitangan PKNS yang menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid dan mendesaknya menarik balik pelantikan Low.

Berikutan itu, kerajaan negeri Selangor telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mencari calon bumiputera untuk mengisi jawatan tersebut.

Semalam, lebih 30 ahli Umno bahagian Kajang dilaporkan mengadakan demonstrasi di pintu masuk Plaza Tol Kajang membantah tindakan menteri besar itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: